31.3.10

Muslims - When Will They Unite?

30.3.10

Mari Kita Fikirkan

Assalamualaikum.

Sebagaimana semua kita tahu,semalam ada something berlaku.

Dan something itu bukanlah perkara yang baik.

Tetapi,malangnya ada beberapa orang dari kita yang memberi reaksi terhadap something itu bagaikan ianya suatu fiesta.

Jangan begitu.

Cuba fikirkan :

1) Jika perkara itu berlaku pada keluarga/rakan/diri kita sendiri,dan kita mendapat tahu ada manusia yang membuat lawak menggunakan isu itu.Apa reaksi kita yang baru mengalami kehilangan itu?Hendak bergelak ketawa juga?Atau marah?

2) Perkara ini bukan perkara kecil.Yang menjadi target syak mereka adalah agama kita.Jangan buat main.Kita sudah besar.Grow up.Tunjukkan kita dah besar.Kalau masih tak besar pun,cuba buktikan pada orang yang kita ni ada sivik sikit.

Kesimpulan bagi perkara di atas adalah :

Jangan buat lawak/cari publisiti murahan guna perkara ini.Ini bukan masa nak bersukaria.

Cuba fikir,apa yang kita perlu buat dalam isu macam ini sebagai seorang manusia dan hamba-Nya yang bertanggungjawab?

And last one,banyakkan doa kepada yang Maha Esa supaya kita semua dilindungi dari sebarang musibah dan kurangkan keluar untuk beberapa tempoh.

Jangan main tulis/cakap je kat internet ni.Dah kena nanti kat diri sendiri,baru nak menangis,tak gune dah bai.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

27.3.10

Taqwa

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi,kawan saya telah berkongsikan satu artikel di dalam Facebook.Jadi,ingin saya kongsikannya di sini.

Selamat Membaca!

Dalam Al-Quran disebut supaya supaya kita menjadi orang bertaqwa. Tapi apakah makna taqwa?

” Bahwasanya seorang hamba, tidaklah akan bisa mencapai derajat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang, supaya tidak terjerumus pada hal- hal yang dilarang” ( Hadist ini Hasan, diriwayatkan oleh Tirmidzi no : 2451 , Ibnu Majah no : 4215, Baihaqi : 2/ 335)

Saidina Ali pula mengklasifikasikan taqwa kepada 4 pembahagian iaitu:

1. Takut kpd Allah.
(Takut yang dimaksudkan bukanlah bererti lari dari Allah bagai seorg manusia yg lari dari binatang buas yg mengancam dirinya. Tetapi membawa erti kita semakin cinta, sayang dan rindu kepada Allah SWT. Kita ternanti2 pertemuan kita dgn Allah SWT, kita melaksanakan segala perintah yg terdapat di dalam al-Quran dan al-hadith itu dgn segala kesungguhan, penuh kecintaan)

2. Beramal dengan segala tuntutan Al-Quran.
(Kita beramal segala isi didalam al-Quran dgn bersungguh2. Kita sentiasa post-mortem apa lagi perintah yang kita tidak laksanakan, apa lagi perintah Allah yang tidak kita sebar-luaskan, apa lagi perintah Allah yg perlu kita tingkatkan.)

3. Redha dengan segala yang dikurniakan Allah.
(Meredhai kurniaan Allah walaupun ianya sedikit)

4. Sentiasa membuat persiapan untuk kehidupan yg kekal abadi di akhirat.

‘’Seorang Mukmin tidak akan mencapai derajat takwa hingga meninggalkan hal-hal yang tidak berguna karena khawatir terjerumus ke dalam hal-hal yang haram.'’ (HR al-Bukhari, At-Tirmidzi, Ibn Majah, Al-Hakim, Al-Baihaqi).

Taqwa menurut Imam al-Ghazali:

1. Warak
2. Al-'Iffah. Menjauhi dari segala perkara yg syubhah.
3. Taqwa yg dinamakan Taqwa. Mencintai segala yg diperintahkan Allah SWT, melaksanakan dgn segala kesyukuran dan menjauhinya dengan penuh kerelaan.
4. As-Siddiq. Membenarkan segala yg terdapat dlm Al-Quran tanpa berbelah bagi.

Sumber : Huraian dari kuliah ringkas Ustaz Ismail Masturi

Semoga beroleh sesuatu dari artikel ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

24.3.10

Doa Halau Syaitan

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi saya membaca satu artikel menarik yang saya rasa elok untuk dikongsikan bersama anda.

Selamat membaca.


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Diantara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!

Awas!!
ini adalah suara SYAITAN YANG DIREJAM! SYAITAN YANG DILAKNAT!

Dari Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu ia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah akan menciptakan Allah?" Apabila seorang diantara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah ia berkata "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)

Sumber Asal Artikel : Blog Tazkirah

23.3.10

Pengenalan

Assalamualaikum.

Apakah tujuan kita hidup?

Mungkin itu persoalan yang kita sebagai umat Islam tahu jawapannya.Tetapi,sebagai manusia biasa yang lemah,adalah tabii bagi kita untuk melupakan tujuan kita hidup itu.

Di sinilah hadirnya tanggungjawab manusia yang lain untuk mengingatkan kita kembali dengan tujuan hidup kita itu,iaitu menyembah Allah SWT 24 jam sehari.

24 jam sehari ibadat bukanlah hanya meliputi mendirikan sembahyang atau melakukan ritual khas.Tidak.Islam bukan seperti itu.

Apabila disebut menyembah Allah atau di dalam bahasa Inggerisnya disebut worship,ia sebenarnya bermaksud melakukan perkara yang diperintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya selama 24 jam sehari.

Ini termasuklah sembahyang,berpuasa dan sebagainya.

Apa sahaja yang menuju kebaikan di jalan Allah adalah ibadat.

Itulah Islam.Cara hidup yang sebenar.Satu-satunya cara hidup yang dapat memenuhi keperluan manusia dari segi spiritual dan fizikal.Cara hidup yang diturunkan kepada manusia oleh Maha Pencipta kita sendiri.

Islam adalah ad-deen dalam kata mudahnya.

Menyedari hakikat inilah,blog ini ditubuhkan.

Ya.

Muzzakarah ditubuhkan sebagai satu blog wacana perkongsian ilmu yang dianggotai oleh beberapa orang pelajar Moscow Aviation Institute (MAI).

Ianya mengambil konsep seperti laman blog komuniti pelajar lain dengan tema "dari hamba,kepada hamba".

Skop penulisan kami tidak tertakluk kepada perkara-perkara umum sahaja.Sebaliknya,kami luaskan skop itu dengan berkongsi segala ilmu yang baik yang dapat membawa kejayaan dan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Kerana pada dasarnya,dunia ini hanyalah sementara.Akhirat itulah destinasi terakhir kita.

Muzzakarah juga akan kami gunakan sebagai medan dakwah di dunia maya ini untuk memperbetulkan salah faham tentang konsep Islam di samping berdakwah kepada umat manusia secara am-nya.

Sekian untuk artikel pertama blog ini.Jika ada di antara anda pelajar MAI yang berminat untuk menulis di blog ini,sila nyatakan minat anda kepada kami di ruangan komen.Tetapi,sebelum memohon,sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat di bawah :

1) Menulis/Berkongsi artikel yang berilmu/matang sesuai dengan taraf kita sebagai Pelajar Universiti.

2) Memohon menjadi penulis di blog ini bukan untuk nama dan glemer,kerana nama dan pangkat tidak akan membawa kita ke mana-mana.Sebaliknya,ikhlaskan hati dan niat anda kerana Allah.

Itu sahaja dua syarat mudah untuk menjadi penulis di blog ini.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

-Pihak Pentadbiran Muzzakarah-