23.3.10

Pengenalan

Assalamualaikum.

Apakah tujuan kita hidup?

Mungkin itu persoalan yang kita sebagai umat Islam tahu jawapannya.Tetapi,sebagai manusia biasa yang lemah,adalah tabii bagi kita untuk melupakan tujuan kita hidup itu.

Di sinilah hadirnya tanggungjawab manusia yang lain untuk mengingatkan kita kembali dengan tujuan hidup kita itu,iaitu menyembah Allah SWT 24 jam sehari.

24 jam sehari ibadat bukanlah hanya meliputi mendirikan sembahyang atau melakukan ritual khas.Tidak.Islam bukan seperti itu.

Apabila disebut menyembah Allah atau di dalam bahasa Inggerisnya disebut worship,ia sebenarnya bermaksud melakukan perkara yang diperintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya selama 24 jam sehari.

Ini termasuklah sembahyang,berpuasa dan sebagainya.

Apa sahaja yang menuju kebaikan di jalan Allah adalah ibadat.

Itulah Islam.Cara hidup yang sebenar.Satu-satunya cara hidup yang dapat memenuhi keperluan manusia dari segi spiritual dan fizikal.Cara hidup yang diturunkan kepada manusia oleh Maha Pencipta kita sendiri.

Islam adalah ad-deen dalam kata mudahnya.

Menyedari hakikat inilah,blog ini ditubuhkan.

Ya.

Muzzakarah ditubuhkan sebagai satu blog wacana perkongsian ilmu yang dianggotai oleh beberapa orang pelajar Moscow Aviation Institute (MAI).

Ianya mengambil konsep seperti laman blog komuniti pelajar lain dengan tema "dari hamba,kepada hamba".

Skop penulisan kami tidak tertakluk kepada perkara-perkara umum sahaja.Sebaliknya,kami luaskan skop itu dengan berkongsi segala ilmu yang baik yang dapat membawa kejayaan dan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Kerana pada dasarnya,dunia ini hanyalah sementara.Akhirat itulah destinasi terakhir kita.

Muzzakarah juga akan kami gunakan sebagai medan dakwah di dunia maya ini untuk memperbetulkan salah faham tentang konsep Islam di samping berdakwah kepada umat manusia secara am-nya.

Sekian untuk artikel pertama blog ini.Jika ada di antara anda pelajar MAI yang berminat untuk menulis di blog ini,sila nyatakan minat anda kepada kami di ruangan komen.Tetapi,sebelum memohon,sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat di bawah :

1) Menulis/Berkongsi artikel yang berilmu/matang sesuai dengan taraf kita sebagai Pelajar Universiti.

2) Memohon menjadi penulis di blog ini bukan untuk nama dan glemer,kerana nama dan pangkat tidak akan membawa kita ke mana-mana.Sebaliknya,ikhlaskan hati dan niat anda kerana Allah.

Itu sahaja dua syarat mudah untuk menjadi penulis di blog ini.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

-Pihak Pentadbiran Muzzakarah-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.