8.5.10

Solat Jemaah Di Surau MAI (Jika Tidak Sekarang,Bila Lagi?)

Assalamualaikum.

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”(Hadis riwayat Bukhari)

Daripada Ubai bin Ka’ab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya solat seseorang bersama seseorang lebih utama daripada solatnya sendirian, dan solatnya bersama dua orang, lebih utama daripada solatnya dengan seorang dan jumlah yang lebih banyak, maka itulah yang lebih disukai oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia seperti serigala bagi kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah daripada Abu Umamah yang bermaksud: “Barang siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk) menuju solat wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengan memakai ihram.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)


Di atas menunjukkan petikan ayat Al-Quran hadis yang menunjukkan kepentingan solat berjemaah.

Bagaimana dengan anda?Adakah anda bersolat jemaah?

Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu,di Surau Asrama MAI ada diadakan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Waktunya?

Bagi waktu Maghrib,solat Jemaah akan dimulakan lebih kurang 5-10 minit selepas masuk waktu solat.

Jadi,jika waktu masuk pada pukul 9:22 PM,ini bermaksud dalam pukul 9:30 PM solat sudah dimulakan.

Manakala untuk Isyak pula,mungkin lebih kurang 5 minit selepas waktu solat masuk,solat berjemaah dimulakan.

Jadi,jika Isyak masuk pukul 10:40 PM,ini bermakna 10:45 PM,solat berjemaah sudah dimulakan.

Lebih kuranglah waktunya.

Jadi,marilah kita bersama-sama menunaikan solat berjemaah di Surau Tingkat 10.

Jika tidak mulakan sekarang,bila lagi?

Esok,lusa,tahun depan?

Lagipun kita duduk di dalam bilik bukan buat sibuk sangat pun.

Ingat.Hidup ini sementara sahaja.

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.