6.7.10

Bercuti Bukanlah Bermaksud 'Bercuti'

Assalamualaikum.

Saya pasti hampir 90% daripada komuniti kita telah selamat sampai pulang ke kampung halaman masing-masing di Malaysia.

Selamat Bercuti!

Manfaatkan cuti anda kepada arah kebaikan.

Tetapi,ada sesuatu yang ingin dikongsikan di sini.Ringkas sahaja.

Begini.

Bercuti Musim Panas ini hanyalah bercuti tiada kelas.Ini bukan bermaksud kita ini terus bercuti dari menjadi Hamba Allah.

Tugas kita sentiasa ada.Tanggungjawab sentiasa ada.

Jangan sebab cuti,'iman' kita turut bercuti.

Sembahyang jangan tinggal,mata sentiasa jaga,tempat yang dituju juga dijaga.

Ingat.

Apa-apapun,Selamat Bercuti.

Sehingga September,berjumpa lagi!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s: Semester depan janganlah ponteng-ponteng kelas lagi kepada sesiapa yang berkenaan.Kita memegang suatu amanah yang besar.Amanah ini ada balasannya di akhirat kelak.Ingat.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.