22.7.10

Selamat Datang Untuk Pelajar Batch Ke-5

Assalamualaikum.

Rasa-rasanya agak terlewat sekiranya kami di Muzzakarah mahu mengucapkan Selamat Datang kepada Pelajar-Pelajar Malaysia Batch Ke-5 Moscow Aviation Institute.

Tetapi,tidak mengapa.

Kerana,tidak pernah ada istilah terlewat dalam berbuat baik.

Jadi,Selamat Datang kepada Para Pelajar Malaysia Batch Ke-5 Moscow Aviation Institute.

Hanya ada tiga nasihat kami di Muzzakarah kepada anda semua sebagai pendahuluan :

1) Jangan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab anda kepada Allah.
2) Jangan menghampakan harapan rakyat Malaysia dan keluarga kita.
3) Ingatlah,ini merupakan satu amanah yang besar.

Kesimpulannya,biar gagal.Janji kita berusaha.Jangan gagal,tetapi tidak berusaha.Biar menang dan berusaha.Bukan menang secara tidak bermaruah.

Jangan malas.Jangan leka.

Itu sahaja pesanan kami sebagai pendahuluan kepada anda semua.Apa-apa masalah di masa hadapan,boleh ditanyakan kepada senior-senior anda.

Selebihnya,Selamat Datang sekali lagi dan Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.