7.10.10

Jadual Solat Oktober Bagi Kawasan Moscow & Kod Lemak Babi Dalam Penaik Makanan (Sila Ambil Perhatian)

Assalamualaikum.

Sudah lama Pihak Pentadbiran tidak mengemaskinikan jadual solat bagi kawasan Moscow.Ini berlaku kerana beberapa masalah teknikal.

Jadi,untuk penulisan kali ini sukacita disertakan Jadual Solat Oktober bagi kawasan Moscow.


Sila besarkan gambar untuk mendapatkan imej yang lebih besar.

Jadual waktu Solat ini diambil dari laman web NowWhyTwo Moscow,salah sebuah Laman Web Komuniti Pelajar-Pelajar Islam Malaysia di Moscow.

Itu yang pertama.Yang kedua pula adalah tentang Kod Lemak Babi Dalam Penaik Makanan.

Seperti yang anda semua tahu,kita semua berada di satu bandar yang majoriti penduduknya tidak beragama Islam.Jadi,adalah menjadi kewajiban kita umat Islam untuk mencari makanan yang halal lagi bersih untuk dimakan.

Di bawah ini saya kongsikan bersama anda maklumat tentang Kod Lemak Babi ini.


Gambar ini turut diambil dari laman web yang sama seperti di atas.

Anda yang berada di Malaysia turut boleh menggunakan jadual ini kerana setahu saya sama sahaja kod ini bagi seluruh dunia.

Itulah dia.Bagi pelajar-pelajar yang baru tiba di Moscow,sila jangan ambil mudah tentang isu ini.Bila membeli makanan,rujuklah состав (bahan-bahan/ramuan) makanan itu.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kongsi-kongsikanlah dengan yang lain.


6 comments:

Dinie said...

tapi ada yang cakap E semua dah dihalalkan(?)

Muzzakarah said...

sebagai info tambahan.

mohamed said...

begini lah
bagi yg masih was2...tinggal kan..bagi yg yakin..silakan..

kalau aku la..aku yakin..knpa? ini dalil2 nya:-

-bahan E ni merupakan emulgator yg kita xpasti asal usul nya..mgkn dari tumbuhan..mgkn dari haiwan..

-kbykn bhn E ni ada kt brg mknn yg datang dari company besar..so company2 ni akn jaga customer2 nya..xmgkn dia akn ambil bhn E ni dari haiwan kerana seekor babi yg sihat akn menghasil kan sesudu teh emulgator ni..so bg pejuang2 seperti WWF,vegeterian..mereka akn memboikot habis habisan produk ini..jadi mustahil company2 ni akn ambil dari binatang..apa yg mereka buat adalah mereka akn menghasilakn satu bhan artificial yg menyerupai E ni...

jadi tu la dalil2 yang aku pegang selama ini..

Muzzakarah said...

ha.tu dia.
tapi kepada yang masih was was,tinggalkan.

sebab ada hadis cakap, tak ingat camne,tapi kalau benda tu terletak antara halal dan haram (ragu-ragu/syubhah) ,tinggalkanlah ia.

tapi kalau yakin,okayla.

sudah clear?

mohamed said...

segala info ni di sah kan oleh mufti eropah yang bertempat di german..jadi iA sahih..:)

Dinie said...

haaa terima kasih banyak2. yakin tapi takut pembaca yang lain ada ragu2. terima kasih.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.