15.11.10

Butterfly Effect & Ummu Mihjan (Perkongsian)

Assalamualaikum.

Saya sekadar mahu mengongsikan satu penulisan yang amat menarik.Diambil dari blog Al-Fakir Ila Rabbi,kepunyaan seorang rakan blogger saya.Selamat Membaca.Semoga mendapat manfaat.

Mula-mula terfikir," Kenapa saya dipilih?"

sepanjang duduk di dalam perbincangan itu,saya meneliti satu persatu muka-muka yang ada di situ. bukan calang-calang orang.

makin saya berfikir makin saya yakin ia bukan kerana potensi saya. bukan juga kerana kelebihan yang saya ada.

mulalah suara-suara dalam hati berprasangka,"adakah aku dipilih hanya kerana 'orang lain'?

lama persoalan itu melemahkan semangat saya. saya rasa saya bukanlah diperlukan sangat.

kemudian saya berfikir,"ah,peduli apa. aku patut senang kerana dapat peluang untuk menyumbang."

Biar kecil,biar langsung nampak tak signifikan peranan saya tapi saya percaya Allah itu Maha adil dan mengetahui. Allah sudah janji balasan bagi setiap amal sekecil zarah pun. dan saya percaya,setiap tindakan yang kecil itu sebenarnya mempengaruhi dan menyumbang perubahan yang besar. Itulah 'The Butterfly Effect'.
.........................

sejak dulu,saya tidak pernah punya 'peluang sebenar' untuk menyumbang dalam apa-apa gerakkerja Islam. masuk ke maktab,barulah kadangkala peluang itu muncul itupun,awalnya cukup sedikit. maksud saya ruang dan peluang itu ada,cuma saya tak pernah buka mata pada peluang-peluang ini sehingga ia secara lama-kelamaan seolah 'tertutup'.

dulu saya tak pernah peduli tentang keberadaan Islam di kampus. perjuangan sahabat-sahabat.

sekarang bila saya terasa rindu untuk 'memberi' kerana terasa selama hidup saya masih belum ada 'sumbangan' lagi yang telah saya beri pada Islam. setakat seringgit dua dalam tabung surau ,saya tak kira itu satu sumbangan yang patut saya banggakan dan cukup berpuas hati. sedangkan para sahabat Nabi even pejuang Islam masakini berhabis bukan sedikit untuk Islam.

sekarang saya rasa 'dahaga' untuk menyumbang. saya tak peduli tak punya jawatan dalam BKS,atau JPP atau apa-apa badan gerakan Islam. saya tak peduli bekerja belakang tabir[malah lebih menyenanginya] saya tak peduli kerja menyental periuk dalam setiap program.saya tak kisah. bila saya tengok kawan-kawan saya sibuk dengan kerja-kerja untuk islam di kampus,saya cemburu. kerana masa saya habis dengan benda-benda yang mengarut.tak berguna. buka tutup internet,facebook,tidur. mujur saya seorang yang ulat buku kalau tidak saya tak ubah seperti katak bawah tempurung.

saya mahu menyumbang sebanyak mungkin. mungkin bersabung nyawa seperti hanzalah.Jual hidup dengan harga yang murah. Mewakafkan nyawa dan darah di jalan Allah.
tapi kalau tak punya peluang pun,cukuplah saya menjadi seperti UMMU MIHJAN.

Siapa Ummu Mihjan?

seorang wanita sederhana yang mungkin tidak dikenal orang tapi tersebut dalam kitab-kitab hadis dan riwayat-riwayat hadis Imam Bukhari,Muslim,Abu Daud dan ramai lagi. dan kini blog saya.

Ada seorang perempuan kulit hitam yang kerjanya membersihkan masjid. Setiap hari kerjanya membersihkan masjid. Pada suatu hari ia meninggal. Rasulullah bertanya kenapa sudah tidak lagi melihatnya di masjid.Setelah diberitahu bahawa dia sudah meninggal dunia,Rasulullah bertanya kenapa tidak memberitahu baginda lalu meminta ditunjukkan kuburnya.lalu Nabi langsung ke kuburnya dan solat jenazah.

Hebat bukan?sekdar petugas yang tidak sebesar peranan khalifah.tidak sebesar gabenor. Malah tidak dikenal kebanyakan orang. tapi diberi penghormatan rasulullah.

DEMI ALLAH,SAYA INGIN MENJADI SEPERTI UMMU MIHJAN.Tidak dikenali kerana tugas saya,tapi diganjari Allah kerana sumbangan saya yang tak seberapa.

kerana saya yakin kepada keadilan Allah.

dan saya percaya akan konsep "THE BUTTERFLY EFFECT"


Sumber Asal Artikel : Link

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.