9.11.10

Dengan nama Allah

Apabila hawa menguasai diri
seperti tiada hari kembali
tiada guna peringatan diberi
telinga yang ada dipekak tuli
hati yang ada menjadi mati

Apabila hawa menguasai jiwa
semua yang fitrah ditolak semata-mata
bila diberi peringatan bermasamlah muka
lebih masam dari cuka
seperti tiada telinga
seperti tiada pancaindera-pancaindera
yang dikurniakan oleh-Nya
mata hati menjadi buta
menafikan sekeras-kerasnya apa yang telah ditetapkan oleh-Nya

Wahai sahabat-sahabat , berubahlah
seperti mula-mula pergi ke sekolah
masih ingatkah.?
Berpeganglah yang dua dengan teguh
Agar kita tidak bercerai roboh

Masa kini semakin suntuk
Apa yang ditunggu lagi untuk memperelok
apa yang di mata orang nampak indah tetapi sebenarnya buruk

Beginikah kita di hadapan yang tersayang.?
Sepintas lalu terbayang-bayang
Adakah kita mahu bergumbira berdekah-dekah berpanjang-panjang
Atau mahu hati ini tenang.?


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. [25:67]

 Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.[25:72]



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.