3.11.10

Jemputan Menjadi Penulis Di Muzzakarah

Assalamualaikum.

Ini merupakan satu pengumuman rasmi.

Kepada semua pelajar dan ahli komuniti MMASO,anda semua dijemput untuk menjadi Penulis di blog Muzzakarah.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1) Islam.
2) Mempunyai asas blogging. (Ketiadaan asas blogging bukan menjadi masalah besar kerana anda boleh diajar.Senang sahaja sebenarnya)
3) Penulisan anda mestilah bersesuaian dengan tema blog ini.
4) Anda juga boleh berkongsikan artikel-artikel ilmu yang anda baca di laman web lain di blog ini.
5) Penulisan berbaur politik dan perkauman yang melambangkan pemikiran cetek adalah tidak dibenarkan.Penulisan juga hendaklah ditulis dengan etika-etika yang betul.
6) Penyertaan dari pelajar perempuan adalah amat-amat digalakkan.Mungkin ada isu yang anda boleh kongsikan di sini.

Kenapa menjadi Penulis Muzzakarah?

1) Memang tiada upah yang dapat kami berikan kepada anda.Tetapi,percayalah,ini merupakan satu pelaburan akhirat.Jika anda ikhlas,insya-Allah mendapat pahala.
2) Yalah.Duduk di asrama MAI ini selama lima tahun,takkanlah anda hendak bermain Facebook sahaja bukan?
3) Mungkin anda tidak reti/pandai menulis,jangan risau.Anda boleh kongsikan penulisan-penulisan/video menarik yang anda tonton di internet.Asalkan ianya kena dengan tema blog kita ini.
4) Bila lagi anda mahu berdakwah,jika bukan sekarang?
5) Jika selama ini hanya membaca blog,inilah masa anda berkongsikan ilmu yang ada pula.

Fikir-fikirkanlah.

Jika anda mahu menerima tawaran ini,sila isikan borang di link ini dengan tajuk "Permohonan Menjadi Penulis".

Jangan malu-malu.Anda akan dibantu jika ada masalah sebaik sahaja anda menjadi Penulis nanti.

Sebarang pertanyaan,sila tinggalkan di ruangan komen.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

Anonymous said...

saya berminat - Akmal sabri

imtiaz sofea.blogspot.com said...

:) truskan mnybrkan dakwah


<a href="http://imtiazsofea.blogspot.com/2010/12/tutorial-makin-flash-banner-by-banner.html </a>

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.