23.11.10

Sembahyang Berjemaah Di Surau MAI - Jika Tidak Sekarang,Bila Lagi?




Tempat : Surau Tingkat 10 (Asrama MAI) (Sila rujuk Google Maps di bawah)
Waktu : 6.30 Petang
Sembahyang : Isyak (Perubahan waktu akan dimaklumkan kemudian)

View Larger Map

(Sila zoom untuk mendapatkan imej lebih besar dan jelas)

Kebaikan Solat Berjemaah :

1) Setiap langkah yang diambil dari bilik/rumah ke masjid/surau,dosa kita akan terhapus.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” [Hadith sahih – riwayat Muslim]

2) Merapatkan Silaturahim.

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ".

3) Pahala 27X Ganda.

Itu semua orang tahu,bukan?

Jadi,tunggu apa lagi.Jika bukan sekarang,bila lagi?Rebutlah peluang ini.Yang penting,niat ikhlas kerana Allah SWT untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

1 comment:

Syed Ahmad Fathi said...

Sama2 mengimarahkan surau yang ada!
Bukan semua tempat ada surau.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.