9.12.10

Sampai Bila?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ada satu kisah.Seekor Arnab.Arnab ini dahulunya putih.Menjadikan lobak sebagai makanan ruji.Satu hari,berjumpa dengan Serigala.Serigala mengajaknya memakan Lembu.Lantas Arnab yang suci terus bertukar menjadi Arnab yang ganas seperti dalam Filem Wallace & Gromit.

Okay,tentu anda semua tidak faham apa yang hendak disampaikan bukan?

Begini,mudah sahaja sebenarnya.Saya mahu kita tanya diri kita semua dengan soalan ini,

"Sampai bila aku mahu hidup hisap rokok,tengok benda melalaikan etc etc?Ini bukannya diri aku.Dulu aku suci.Tetapi,sekarang?Aku sendiri yang merosakkan diri aku.Adakah ini hidup yang aku mahukan?"

Ini bukan nak sound perli semata.Tapi,teguran ikhlas untuk diri sendiri dan rakan-rakan semua.Kalau saya tidak mengenali kamu semua,tidak mahu saya tulis ini.Dan bukan juga saya merasakan diri saya ini sempurna.Sekadar nasihat ikhlas.

Janganlah tertipu dengan dunia selesa yang kita berada di dalamnya sekarang.Saya amati kita semua semakin leka semakin hari.

Berubahlah.Janganlah hampakan Ibu Bapa dan keluarga kita.Janganlah rosakkan diri sendiri lagi.Dan yang pentingnya,cukuplah membangkitkan kemurkaan Allah SWT.

Tanya lagi diri sendiri,"Adakah Allah SWT redha dengan apa yang kita lakukan sekarang ini?"

Anda tahu apa yang dimaksudkan saya melalui penulisan ini.

Dan melalui anda,saya maksudkan kita semua pelajar Islam Malaysia Moscow Aviation Institute.Mungkin ada yang tidak suka cara saya menegur,tetapi saya ikhlas.

Sekian.

Tafsir Surah Al-Zalzalah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s : Kita manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal.Jadilah manusia yang berakal.


2 comments:

schooloftots said...

Fitrah kita di Syurga Allah
Nabi Adam asalnya di Syurga Allah
Maka kembalilah kepada fitrah
Arnab makan lobak merah.

Perindu_Ilahi said...

semoga syurgalah tempatnya destinasi terakhir kita nanti .. ^^

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.