27.2.11

Manusia Paling Hebat/The Most Perfect Man.




24.2.11

Where Is The Satisfaction In Life? (Di Manakah Sebenarnya Terletak Kebahagiaan Hidup?)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Saya baru menonton (dengan izin Allah SWT) sebuah lagi video.Video yang amat bermanfaat.

Jadi,saya ingin berkongsikannya di sini,dengan anda semua.

Tontonlah.Jangan menunggu sehingga hari esok untuk menontonnya.Tontonlah sementara masih ada waktu lapang.


Itu sahaja.

Semoga bermanfaat.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin memetik Quote dari video di atas,

are we not the believers of Allah?
are we not the worshippers of Allah?
or are we,
or are we truly believers and worshippers of Allah?

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Untuk pengetahuan anda,Yasir Qadhi yang memberi ceramah ini mempunyai Ijazah dalam Bidang Kejuruteraan.Ada sebab untuk difikirkan kita semua kenapa saya kongsikan perkara ini.


23.2.11

Run,Run,Run.



"The (Hell) Fire is surrounded by all kinds of desires and passions, while Paradise is surrounded by all kinds of disliked undesirable things." [Bukhari] so when Imam Ahmad ibn Hanbal's son asked him when would they get time to relax, Imam Ahmad responded with "With the first step we take into Jannah" so can't stop, won't stop, keep on trucking, my brothers and sisters! [Link]

And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous [3:133]


21.2.11

Kalau.



DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya).Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." [Hadis riwayat Muslim]


20.2.11

Muhammad SAW,The Messenger Of God.






17.2.11

Whoever.



Whoever seeks to compete with you in your religion, compete with him. Whoever seeks to compete with you in this world, let him have it. [Hasan Al-Basri]


The Sick Capitalist Society vs. The Mind Of A Muslim.




16.2.11

Talking About Iman (Fruits Of Iman).




15.2.11

Isu Setempat MAI : 'Им Самим Не Стыдно' (Bercerita Tentang Kebersihan Dalam Kalangan Kita).



If we can't be mature enough to be critical of ourselves, of what use is it to immaturely criticize others? [Yasir Qadhi]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tadi,baru sebentar tadi,saya pergi ke bilik Александр (Заведующий Общежитии).

Hendak tanya pasal Квитанция (Oh ya,kena bayar 16750 Rubles).

Soalan pertama Beliau tanya,

"Ваша комната чистая?"

Lantas saya menjawab,

"Конечно,у нас всегда чистая".

"Нет,не у всех",sambung Beliau.

Tahulah saya,soalan Beliau itu merujuk kepada Para Pelajar Malaysia.

Ingatkan tanya Bilik saya sahaja.

Lantas Beliau membacakan nombor beberapa bilik yang kotor (amat kotor mengikut deskripsi yang diberikan Beliau,dan saya tidak akan menulis Nombor-Nombor itu di sini).

Ada juga bilik Pelajar Negara-Negara Lain.

Tapi,kebanyakannya?

Bilik Pelajar Malaysia.

Saya bukan hendak cerita pasal bilik siapa atau hendak brag saya ini pembersih whatsoever.

Dan bukan juga saya cakap semua bilik budak Malaysia kotor,tapi mengikut nombor yang Beliau tunjuk,ada sesetengah la dari bilik-bilik budak kita.

Saya juga kadang-kadang ada masa Pemalas.

Tetapi,Pemalas adalah tidak sama dengan Pengotor.

Kemudian,Beliau bebel-bebel panjang bla,bla,bla sampai satu tahap,Beliau mengeluarkan ayat ini,

"Им самим не стыдно так жить" (Kalau Grammar salah,sorry,tapi itu yang saya dengar).

Pada saya,ini tembakan yang tepat terus ke hati.

Kenapa?

Secara tidak langsung,apabila Beliau berkata bilik Pelajar Malaysia yang bersepah,hendak tidak hendak akan keluarlah dari Pemikiran Beliau ayat seperti ini,

"Macam ni la orang Islam.." (tidak cakap,tidak semestinya tidak fikir).

Kenapa?

Kerana hampir 99% Pelajar Malaysia adalah Pelajar Islam.

Jadi,adakah kita tidak malu?

Sepatutnya Pelajar Islamlah yang paling bersih biliknya,tapi?

Sama juga kisahnya dengan dapur.

Begitu juga.

Jangan terus cakap,"Budak Myanmar tu...".

Mereka bukan Orang Islam.

Jadi,kalau mereka tidak 'faham' hakikat kebersihan,itu bukan luar biasa.

Tapi,kita?

SPM sudah A Pendidikan Islam.Tapi?

Ingatlah,Islam itu bukan hanya pada nama.

Islam itu pada Peribadi.Mesti diamalkan.

Jujur cakap,saya malu tadi.

Sebab saya pun kadang-kadang Pemalas.

Tapi,Beliau cakap memang kotor sangat bilik kebanyakan budak kita (mungkin juga termasuk bilik saya).Itu pasal Beliau agak bengang sebegitu rupa.

Adakah kita tidak malu?

Fikir-fikirkanlah.

Kemaslah bilik.

Sebab dalam waktu terdekat (mungkin hari ini,atau esok),ada Командан hendak usha bilik.

Tapi,kalau kita kemas bilik semata-mata kerana Командан pun tidak boleh juga.

Kita kena melatih diri untuk menjadi Pembersih kerana kita orang Islam.

Dan Islam mengajar kebersihan.

Okay?

Latih slow-slow.

Mulakan dengan kemas hari ini.

Gotong-Royong.

Saya tahu,pasti ramai yang akan cakap macam ini lepas membaca,

"Ek elah Poyo-Poyo je Umar ni.Bajet top gile lah."

Heh.

Cakaplah apa sahaja.

Saya menegur kerana ini perkara betul.

Dan saya tulis di Blog ini kerana ini sahaja cara supaya semua kita mendapat message ini.

Kan?

Oh ya,satu lagi,kalau bilik semua bersepah,agak-agak macam-manalah kita nak sembahyang?

Itu sahaja.

Kalau ada yang termakan hati,maaf.

Bukan maaf kerana mengatakan kebenaran ini,tapi maaf kerana mengguris hati.

Haha.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,"Berkatalah benar walaupun Pahit".

Jadi,itulah dia.

Jangan hanya nampak Gah dengan Sweater Berjenama sahaja.Tapi bilik laksana sebuah Tongkang yang sudah Pecah.

Ini teguran untuk diri sendiri juga.

Jika saya tidak tegur,siapa lagi?

Dan harap,selepas ini,jika Командан tidak datang check bilik pun,kita kemas mantain.

Okay?

Assalamualaikum dan Selamat Menjaga Kebersihan,Kerana Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman Juga.


P/S : Syaitan suka bilik kotor.Tu sebab Beliau dan Rakan-Rakan selalu Hangout dalam Tandas.Ariba-Ariba.Pesta.

P/P/S : Kalau saya tidak beritahu anda pun,sikit lagi anda juga kena sound sebab bilik sepah.So,no offense.Saya cakap ikhlas.Itu sahaja anda perlu tahu.Bukan berlagak Hero ke apa.Tapi tanggungjawab seorang Islam menasihati saudaranya yang lain.Kerana ini imej Islam juga.Dah la banyak salah faham tentang Islam sekarang.Takkan kita nak bagi tambah lagi kan?

P/P/P/S : Jangan terlalu selesa.


Now That's What We Call A Hijab...

“Hijab with 5 layers of makeup, is NOT hijab. Hijab with tight clothes on is NOT hijab. Hijab with hair on the side is NOT hijab. Hijab with a bad attitude is NOT hijab. For beautiful eyes, look at fitna-free stuff. For a beautiful face, stay natural. For a beautiful attitude, stay away from bad deeds. For a beautiful look, wear the uniform that Allah gave you. For beautiful lips, speak the words of Allah. Oh sisters THAT is hijab!” [LINK]


13.2.11

Don't Feel Ashamed.



“Don’t feel ashamed when giving little for charity;that is because there is always goodness in giving no matter how little.” [Ali ibn Abi-Talib]


10.2.11

Paternal & Maternal.



“Don’t question your parents’ love for you. Don’t assume you are unimportant to them. Only by really being in one’s shoe can we truly understand one’s situation. We are still “too young” to finely comprehend the Great Sacrifices made by our parents". [LINK]

P/S : Yes,don't ever-ever do that.


6.2.11

The Mosque Of The Prophet Muhammad SAW.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Menonton video ini,ada sesuatu yang saya perasan.

Kebanyakan orang yang baru memeluk Islam (dan mereka itu memeluk Islam (dengan izin Allah SWT) kerana memahami Islam) lebih menghargai Islam,berbanding dengan kebanyakan kita yang dari kecil menjadi Islam.

Fikir-fikirkanlah.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Put Your Trust In Allah SWT.




The Dirty Robe.



Imam ibn Al-Jawzee was once asked: “Is it better for me to make Tasbih (praise Allah) or to make Istighfar (seek forgiveness)? He replied: “The dirty robe is more in need of soap than perfume.


10 Sickness Of Heart.




5.2.11

This Woman.




Jadual Solat Februari Bagi Moscow Dan Kawasan Yang Sewaktu Dengannya.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kebiasaannya,Pihak Pentadbiran Muzzakarah mengambil Jadual Solat dari Sumber NowWhyTwo Moscow.

Tetapi,bagi bulan Februari kali ini,Pihak NowWhyTwo masih belum mengupdatekan Jadual mereka.

Mungkin berlaku masalah teknikal di sana.

Tidak mengapa.

Jadi,kami mengambil inisiatif lain dengan mengambil Jadual Solat dari Sumber IslamicFinder.

Untuk pengetahuan anda,IslamicFinder inilah yang bertanggungjawab membangunkan Perisian Azan di kebanyakan komputer kita pada hari ini.

Kami sudah periksa,dan Jadual ini mempunyai waktu yang lebih kurang dengan Jadual NowWhyTwo yang terdahulu.

Ada beberapa perbezaan,mungkin.Tetapi,tidak begitu besar.

Apa-apapun,sila klik gambar di bawah untuk Jadual Solat Februari Bagi Kawasan Moscow.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Insya-Allah jika NowWhyTwo updatekan Jadual mereka nanti,kami akan updatekan juga kepada anda.


2.2.11

Hadis Untuk Hari Ini.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". [HR Termizi]

Wallahualam.Jika salah,sila betulkan.