15.2.11

Isu Setempat MAI : 'Им Самим Не Стыдно' (Bercerita Tentang Kebersihan Dalam Kalangan Kita).



If we can't be mature enough to be critical of ourselves, of what use is it to immaturely criticize others? [Yasir Qadhi]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tadi,baru sebentar tadi,saya pergi ke bilik Александр (Заведующий Общежитии).

Hendak tanya pasal Квитанция (Oh ya,kena bayar 16750 Rubles).

Soalan pertama Beliau tanya,

"Ваша комната чистая?"

Lantas saya menjawab,

"Конечно,у нас всегда чистая".

"Нет,не у всех",sambung Beliau.

Tahulah saya,soalan Beliau itu merujuk kepada Para Pelajar Malaysia.

Ingatkan tanya Bilik saya sahaja.

Lantas Beliau membacakan nombor beberapa bilik yang kotor (amat kotor mengikut deskripsi yang diberikan Beliau,dan saya tidak akan menulis Nombor-Nombor itu di sini).

Ada juga bilik Pelajar Negara-Negara Lain.

Tapi,kebanyakannya?

Bilik Pelajar Malaysia.

Saya bukan hendak cerita pasal bilik siapa atau hendak brag saya ini pembersih whatsoever.

Dan bukan juga saya cakap semua bilik budak Malaysia kotor,tapi mengikut nombor yang Beliau tunjuk,ada sesetengah la dari bilik-bilik budak kita.

Saya juga kadang-kadang ada masa Pemalas.

Tetapi,Pemalas adalah tidak sama dengan Pengotor.

Kemudian,Beliau bebel-bebel panjang bla,bla,bla sampai satu tahap,Beliau mengeluarkan ayat ini,

"Им самим не стыдно так жить" (Kalau Grammar salah,sorry,tapi itu yang saya dengar).

Pada saya,ini tembakan yang tepat terus ke hati.

Kenapa?

Secara tidak langsung,apabila Beliau berkata bilik Pelajar Malaysia yang bersepah,hendak tidak hendak akan keluarlah dari Pemikiran Beliau ayat seperti ini,

"Macam ni la orang Islam.." (tidak cakap,tidak semestinya tidak fikir).

Kenapa?

Kerana hampir 99% Pelajar Malaysia adalah Pelajar Islam.

Jadi,adakah kita tidak malu?

Sepatutnya Pelajar Islamlah yang paling bersih biliknya,tapi?

Sama juga kisahnya dengan dapur.

Begitu juga.

Jangan terus cakap,"Budak Myanmar tu...".

Mereka bukan Orang Islam.

Jadi,kalau mereka tidak 'faham' hakikat kebersihan,itu bukan luar biasa.

Tapi,kita?

SPM sudah A Pendidikan Islam.Tapi?

Ingatlah,Islam itu bukan hanya pada nama.

Islam itu pada Peribadi.Mesti diamalkan.

Jujur cakap,saya malu tadi.

Sebab saya pun kadang-kadang Pemalas.

Tapi,Beliau cakap memang kotor sangat bilik kebanyakan budak kita (mungkin juga termasuk bilik saya).Itu pasal Beliau agak bengang sebegitu rupa.

Adakah kita tidak malu?

Fikir-fikirkanlah.

Kemaslah bilik.

Sebab dalam waktu terdekat (mungkin hari ini,atau esok),ada Командан hendak usha bilik.

Tapi,kalau kita kemas bilik semata-mata kerana Командан pun tidak boleh juga.

Kita kena melatih diri untuk menjadi Pembersih kerana kita orang Islam.

Dan Islam mengajar kebersihan.

Okay?

Latih slow-slow.

Mulakan dengan kemas hari ini.

Gotong-Royong.

Saya tahu,pasti ramai yang akan cakap macam ini lepas membaca,

"Ek elah Poyo-Poyo je Umar ni.Bajet top gile lah."

Heh.

Cakaplah apa sahaja.

Saya menegur kerana ini perkara betul.

Dan saya tulis di Blog ini kerana ini sahaja cara supaya semua kita mendapat message ini.

Kan?

Oh ya,satu lagi,kalau bilik semua bersepah,agak-agak macam-manalah kita nak sembahyang?

Itu sahaja.

Kalau ada yang termakan hati,maaf.

Bukan maaf kerana mengatakan kebenaran ini,tapi maaf kerana mengguris hati.

Haha.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,"Berkatalah benar walaupun Pahit".

Jadi,itulah dia.

Jangan hanya nampak Gah dengan Sweater Berjenama sahaja.Tapi bilik laksana sebuah Tongkang yang sudah Pecah.

Ini teguran untuk diri sendiri juga.

Jika saya tidak tegur,siapa lagi?

Dan harap,selepas ini,jika Командан tidak datang check bilik pun,kita kemas mantain.

Okay?

Assalamualaikum dan Selamat Menjaga Kebersihan,Kerana Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman Juga.


P/S : Syaitan suka bilik kotor.Tu sebab Beliau dan Rakan-Rakan selalu Hangout dalam Tandas.Ariba-Ariba.Pesta.

P/P/S : Kalau saya tidak beritahu anda pun,sikit lagi anda juga kena sound sebab bilik sepah.So,no offense.Saya cakap ikhlas.Itu sahaja anda perlu tahu.Bukan berlagak Hero ke apa.Tapi tanggungjawab seorang Islam menasihati saudaranya yang lain.Kerana ini imej Islam juga.Dah la banyak salah faham tentang Islam sekarang.Takkan kita nak bagi tambah lagi kan?

P/P/P/S : Jangan terlalu selesa.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.