10.3.11

Nasihat `Abdullah Ibn `Abbas Kepada Pelaku-Pelaku Dosa (Untuk Dijadikan Renungan Kita Bersama).



Wahai Pelaku Dosa,jangan kamu merasa selamat daripada akibat dosa kamu.Ketahuilah,akibat yang mengiringi dosa itu lebih dahsyat daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya sikap tidak malu kamu kepada pencatat yang berada di kanan dan kiri kamu,padahal kamu melakukan dosa,ia tidak kurang daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya ketawa-hilai kamu sewaktu melakukan dosa sedangkan kamu tidak tahu apa yang Allah lakukan kepada kamu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya kegembiraan kamu apabila berjaya melakukan dosa adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya kesedihan kamu apabila tidak dapat melakukan dosa adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya ketakutan kamu kepada angin apabila ia menggerakkan kain yang menghalang kamu dlihat orang ketika melakukan maksiat,tetapi hati kamu tidak gementar terhadap pandangan Allah kepada kamu,adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Wahai orang yang melakukan dosa,

Adakah kamu tahu,apakah dosa Ayub AS ketika Allah SWT menimpakan ujian bala ke atas tubuh dan hartanya?

Dosanya hanyalah Baginda AS tidak menolong seorang miskin yang meminta pertolongannya untuk menolak kezaliman yang menimpa dirinya (Si Miskin).


[Nasihat `Abdullah Ibn `Abbas Kepada Pelaku-Pelaku Dosa yang dipetik dari Buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat]


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.