18.6.11

Pengedaran Naskhah Muzzakarah (Versi Cetak) Edisi Jun 2011.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Baru sebentar tadi,Pihak Pentadbiran Muzzakarah sempat mengagihkan beberapa salinan Muzzakarah (Versi Cetak) Edisi Jun 2011.

Usaha ini dilakukan bagi membolehkan rakan-rakan kita yang tidak suka membaca di kaca skrin komputer untuk mendapat sedikit Ilmu dalam versi percetakan.

Memandangkan ini kali pertama Percetakan Muzzakarah dilakukan,jadi hanya 6 Naskhah sahaja yang diterbitkan.

Alhamdulillah,semuanya selamat diedarkan kepada Para Jemaah yang hadir.Memandangkan ianya terhad,diharapkan Para Jemaah dapat memberikan Naskhah itu kepada kawan-kawan yang lain selepas membacanya.

Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan Muzzakarah Edisi Jun 2011 Versi Cetak itu tadi,jangan bimbang.Anda masih boleh membacanya,tapi dalam Versi E-Book.

Anda boleh muat turun Versi E-Book di sini.

Diharapkan usaha ini dapat dilakukan secara konsisten selepas ini.Dan diharapkan dapat diteruskan oleh Batch-Batch yang akan datang.

Sama-sama kita berikan kerjasama kepada usaha yang baik ini.Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.Insya-Allah.

Diharapkan juga langkah ini (mengedarkan Naskhah Ilmu percuma kepada Para Jemaah) dapat dicontohi oleh Ahli Jawatankuasa Surau/Masjid di tempat lain.Tidak perlu kos yang terlalu mahal.Janji isinya menarik dan kemas,itu sudah cukup.

Ini salah satu cara kita menyampaikan Ilmu Islam kepada orang ramai.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.