13.6.11

Perbuatan Baik/Ibadah/Ikhlas - Berubahlah Sementara Masih Ada Kesempatan.



Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. [2:177]

Assalamualaikum.

Dalam Surah Al-Zalzalah Ayat 7-8 ada diceritakan bahawa setiap perkara yang dilakukan manusia di dunia ini akan dihisab di Akhirat kelak.

Dan dalam Surah Al-'Asr pula diceritakan bahawa manusia ini sentiasa berada dalam kerugian selagi mereka tidak beriman dan beramal soleh.

Dan Hadis Rasulullah SAW juga ada yang menyebut supaya kita hidup di dunia ini seperti seorang pengembara.Yang mana bermaksud,ambil yang mana perlu sahaja.

Dan dalam Ayat Al-Quran di atas,disebut bahawa kebajikan itu bukan sekadar amalan-amalan tertentu sahaja.Skop kebaikan dan kebajikan itu amat luas.

Yang penting,niat kerana Allah SWT.

Jadi,selepas mengetahui semua perkara ini,dan selepas menyedari bahawa kita tidak punya banyak masa,dan kita amat perlukan amal baik untuk mencari redha Allah SWT,adakah kita mahu bertangguh lagi?

Berubahlah.

Selagi masih ada masa.Selagi masih ada kesempatan.Selagi masih ada nafas.

Yang penting,niatkan kerana Allah SWT.Ikhlas hanya kerana-Nya,untuk mencari keredhaan-Nya.

Amin.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.