7.6.11

Sedikit Nasihat Dan Renungan Untuk Kita Semua,Ahli Keluarga MAI.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Dengan izin Allah SWT,kita semua dikurniakan dengan petunjuk dan hidayah daripada-Nya.

Dan Alhamdulillah juga,kita semua adalah umat Islam.

Sepanjang kita berada di MAI ini,dalam tempoh lebih kurang lima tahun ini,insya-Allah (dengan izin Allah SWT),kita akan (atau telah) mempunyai banyak masa lapang.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Adalah menjadi satu kerugian jika kita tidak gunakan masa lapang yang banyak ini ke arah kebaikan.

Jadi,Pihak Pentadbiran Muzzakarah menyeru Rakan-Rakan Saudara-Saudari Pelajar MAI sekalian supaya memanfaatkan masa yang lapang ini sebaik-baiknya.

Marilah kita gunakan masa lapang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Belajar itu satu perkara,tapi dalam masa sama kita juga kena ingat bahawa dunia ini bukan matlamat kita yang abadi.

Sebagai seorang Muslim,kita semua tahu bahawa perkara terpenting untuk dibawa ke Akhirat kelak adalah amalan yang baik.

Oleh sebab itu,sementara di dunia inilah kita kena berusaha mencari sebanyak-banyak redha-Nya.

Yang penting ikhlas.

Jadi di sini,dicadangkan beberapa perkara yang boleh kita semua Para Pelajar MAI lakukan untuk menambah amal kita :

1) Kita ramai.Satu bilik lima orang.Apa kata kita amalkan Amalan Sembahyang Berjemaah bersama-sama rakan sebilik?Dan apa kata kita segerakan sembahyang bila masuk waktu?Kita ramai di sini.Adalah menjadi satu kerugian jika kita tidak bersembahyang jemaah selama lima tahun ini semata-mata hanya kerana malu/menonton filem.

2) Internet kita di sini juga laju.Apa kata daripada kita memuat-turun filem,sebaliknya kita gunakan nikmat Internet laju yang Allah SWT kurniakan ini untuk kita streaming video Islamic Talk di internet.Antara channel yang bagus adalah Channel Khalifahklothing.Adalah menjadi satu kerugian bila kita ada Internet laju,kita pandai Bahasa Inggeris,tapi kita tidak menggunakan kemahiran ini ke arah memperbaiki diri.Mungkin ada yang merasakan menonton video seperti ini bosan,tapi belum cuba belum tahu.Tontonlah.Saya cadangkan video oleh Nouman Ali Khan etc.Ilmu ini kemudiannya kita sharekan bersama keluarga kita.Bukankah itu indah?

3) Di waktu lapang,apa kata kita baca Al-Quran berserta terjemahan-Nya?Setiap dari kita,saya yakin mempunyai Terjemahan Al-Quran.Kenapa tidak kita mula untuk baca?Rugi nanti jika kita duduk lima tahun di sini ada masa lapang,tapi tiada perubahan terhadap diri kita di sini.Kan?

4) Kalau ada duit lebih,apa kata kita bersedekah kepada orang susah?Kita ada duit lebih.Kan?

5) Tahajjud.Kita sekarang Subuh awal.Jadi,apa kata sementara tunggu Subuh,kita bertahajjud dahulu.Mintalah ampun kepada Allah SWT.Di waktu ini,bagus untuk berdoa.Mintalah untuk peperiksaan kita,pelajaran kita,kesihatan kita dan keluarga kita.Kan?Rugi je kalau Subuh awal tapi kita habiskan waktu berborak kosong.Bukankah begitu?

Itu sahaja Cadangan ikhlas daripada Pihak Pentadbiran Muzzakarah untuk kita semua.

Kalau dapat kita mulakan langkah untuk mengamalkan salah satu di atas (sebagai permulaan),itu pun sudah cukup cantik.

Ingatlah,ada tiga perkara sahaja yang boleh dibawa mati kelak.Apakah tiga perkara itu?

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya". [Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad]

Sekian daripada kami di Muzzakarah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kita sesama Islam untuk saling-mengingati.Bukankah begitu?


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.