22.8.11

Sedikit Peringatan Untuk Kita Semua Di Pagi Hari.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pernahkah bila kita membaca Al-Quran,kemudian kita renungi Terjemahannya,satu perasaan datang kepada kita yang membuatkan kita bermonolog sebegini,"SubhanAllah.Wow.Rasa tersentap".

Padahal,kita mungkin sudah pernah membaca ayat itu sebelum ini.

Itulah Al-Quran.Peringatan yang perlu kita baca setiap hari.Ini kerana walaupun mungkin kita pernah bacanya sebelum ini,kita pasti akan terlupa kembali tentang perkara itu.Itulah kenapa Al-Quran itu adalah peringatan terbaik untuk kita.

Saya sebenarnya hanya hendak mengongsikan satu potongan ayat bersama anda semua pada pagi ini.

Untuk kita renungkan bersama.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
[3:185-186]

Renung-renungkan.

Sekali lagi saya sebutkan,kehidupan di dunia hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.