27.2.12

kristian.

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.



prenote : penulisan mengikut akal dan pendapat.


semalam, saya berkesempatan berkunjung ke gereja. niatnya sekadar ingin melihat suasana disitu. dan bagi sesiapa yang goyah akidahnya (senang diganggu syaitan) anda tidak digalakkan ke gereja. dikhuatiri rosak akidah. 








sebelum masuk ke gereja, telah kelihatan beberapa makcik tua meminta sedekah. saya mula bertanya,  "apakah yang dilakukan pihak gereja?", "adakah mereka menindas golongan tua atau ada penyelewengan wang yang dilakukan oleh pihak gereja?". perspektif sudah mula berubah. perjalanan diteruskan sehinggalah ke dalam gereja. suasana di gereja agak senyap. tiada kerusi-kerusi disusun seperti di dalam movie. 






rupanya ada upacara ritual sedang diadakan. mereka membaca suatu bentuk ayat yang dihafal dari bible, dibacakan dalam bahasa russia. manusia sekeliling kelihatan memakai penutup kepala (tudung). banyak persoalan yang bermain di kepala. gereja itu tersergam indah dengan lukisan-lukisan didinding. saya cuba mendekati upacara ritual itu.


bulatan dikelilingi pengikutnya dan beberapa orang paderi ditengah-tengah. bahasa yang digunakan agak sukar untuk difahami mungkin kerana penggunaan bahasa kuno. tiba-tiba paderi itu mula mengeluarkan satu berus, dicelupnya didalam air dan direnjis kepada orang sekeliling mengikut arah jam. 


"mungkin ini upacara baptise?" saya meneruskan perjalanan didalam gereja. ada satu keadaan yang begitu menarik perhatian saya. seorang perempuan sedang bersedih sambil menggamati gambar jesus yang dianggapnya tuhan. apakah yang cuba disampaikan oleh perempuan tadi? apakah jesus yang dianggap tuhan itu mampu berbuat apa-apa? 


 
                                                              manusia yang dianggap tuhan


semakin laju otak ini bergerak, cuba mencari jawapan. ini mungkin beberapa persoalan yang sesat dalam kepala ini :

1. aku lihat ada mengambil lilin, nyalakan dan didirikan sambil membaca sesuatu. apa yang mereka buat?
2. mengapa perempuan itu memandang kearah jesus dalam keadaan resah gelisah sambil meminta sesuatu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling?
3. mengapa ramai peminta sedekah dihadapan pintu pagar gereja? adakah mereka ditindas?
4. apakah maksud upacara merenjis air itu? adakah ia sekadar ingin membuang sial atau?
5. mengapa didalam gambar diatas terdapat patung yang resah? mengapa keadaan sebegitu?
6. ada satu gambar keadaannya ketika nabi adam dikeluarkan dari syurga. bagaimana pelukis boleh mengeluarkan idea untuk melukis tuhan berbentuk manusia sama tinggi dengan adam dan memegang tongkat? (gambar tidak disertakan)

ternyata sekali agama kristian amat terpesong dan bukanlah agama yang sebenar. perjalanan kali ini benar-benar membuka mata hati yang telah sekian lama buta.

 p/s : siapakah manusia ini? apakah yang menarik tentangnya? apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kisah hidupnya? apa yang mereka cuba sembunyikan disebalik si tua malang ini?



                                               
                                                                              leo tolstoy
                                                           

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.