25.2.12

Taubat.

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Prenote : bagi yang mudah terasa, jangan lanjutkan pembacaan.

saya sekadar ingin berkongsi apa yang sering bermain dibenak ini.

selepas lakukan kesalahan, berapa ramai yang sering melakukan solat taubat? walaupun hakikatnya solat taubat bukan la termasuk dalam syarat taubat, tapi bagi pendapat saya, tak salah kalau kita lakukannya. lagi pun banyak hadis yang mengatakan solat adalah satu medium yang paling sesuai untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta. kalau dilihat dari konteks solat itu sendiri, kita diajar untuk fokus. fokus pada yang satu. lupakan urusan dunia.

tapi, orang kebanyakan lupa untuk melakukan solat taubat. bahkan ada yang lagi teruk. tak taubat langsung. kita bukan menghina orang itu sendiri, cuma kita menghina perilakunya. jangan kita sesekali menghina manusia atas sebab dan kesalahan yang dilakukan. itu dah menyalahi tatacara dan adab seorang muslim. ramai orang sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa akan kehidupan kekal diakhirat.

saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat :

"Biar sebesar mana pun kesalahan kita,Allah tetap akan Ampunkan,selagi mana kita bertaubat.Tapi,adalah menjadi satu kesombongan bagi kita andai selepas melakukan kesalahan - kita tidak kembali kepada-Nya"

kata-kata ini sedikit sebanyak menanam suatu perasaan dalam diri ini untuk bertaubat. bagi orang yang selalu melakukan kesalahan dan sering menyalahkan diri sendiri, hakikatnya menyalahkan diri sendiri itu tidak ada salahnya, bahkan dituntut. cuma jangan berlebih kerana dikhuatiri itu merupakan satu perangkap yang syaitan pasang. dalam entri yang lepas ada dijelaskan sedikit tentang ayat didalam surah at-taubah.

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal. [At-Taubah : 68]

kita berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu, tapi kadang-kala kita jatuh juga. itu kelemahan yang terpaksa kita akui. dan saya sentiasa berharap pada allah, biarpun jatuh buat kali kedua mahupun ketiga, hati ini sentiasa mencari jalan untuk bertaubat. dan jangan pernah berputus asa untuk bertaubat. insyaallah. 



p/s : sentiasa berdoa walau dalam keadaan mana sekalipun. allah sentiasa bersama kita.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.