27.3.12

Sepotong Ayat Untuk Difikir II.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah". [Ibrahim : 12]

Fikir-fikirkan.


25.3.12

Dokumentari : A Journey To New Jerusalem.




21.3.12

Kenapa Abu Bakar (RA) Begitu Istimewa?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,sekali lagi saya ingin berkongsikan Petikan Quote dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

Petikan ini menceritakan Peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Membacanya membuatkan saya bermonolog,"Patutlah Saidina Abu Bakar ini begitu istimewa kedudukannya di sisi Rasulullah SAW".

Selamat Membaca.Kalau ada salah info pada Petikan di bawah ini,sila maklumkan pada saya.Saya hanya salin dari buku itu sahaja.Rasanya betul maklumat yang bakal disalin ini,insya-Allah.

*** *** ***

Diambil dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

Pada tengah hari,Nabi Muhammad SAW menemui Abu Bakar RA agar menyertai Baginda dalam Perjalanan (Hijrah).Aisyah RA menuturkan kejadian ini dengan berkata : "Tatkala kami sedang duduk-duduk di rumah Abu Bakar pada pagi hari,tiba-tiba ada seseorang yang berkata kepada Abu Bakar, : "Ini,Rasulullah (SAW) datang mengenakan kain penutup wajah.Tidak biasanya Beliau menemui kita pada saat-saat seperti ini!".

Abu Bakar berkata : "Demi ayah dan ibuku menjadi jaminannya.Demi Allah,Baginda tidak akan menemuiku pada saat-saat seperti ini,kecuali kerana ada urusan yang penting."

Setelah tiba di hadapan rumah Abu Bakar,Baginda (SAW) meminta izin,lalu masuk rumah,setelah Abu Bakar mengizinkannya.Rasulullah (SAW) bersabda kepada Abu Bakar : "Pergilah dari tempatmu ini (Hijrah)".

"Ini suatu kehendak yang boleh mengakibatkan kematian.Demi ayahku menjadi jaminan Wahai Rasulullah",kata Abu Bakar.

Baginda bersabda : "Aku diizinkan pergi".

"Demi ayahku menjadi jaminan,wahai Rasulullah (SAW),apakah aku mesti menyertai engkau?",tanya Abu Bakar.

"Ya",jawab Rasulullah SAW.

Seterusnya,Perjalanan Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA ke Madinah penuh dengan cabaran.

Diambil dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

*** *** ***

Lihat.

Abu Bakar begitu taat dan setia dengan Rasulullah SAW.Apabila diminta pergi berhijrah,terus mengikutinya.

Benar.Sudah jelas bagi saya,mengapa Abu Bakar itu istimewa.

Itulah juga sebab kenapa kita mesti membaca banyak Sirah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda.

"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar". [4 : 13]

Itu sahaja.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


20.3.12

Segala Puji Hanya Bagi-Mu,Allah!




16.3.12

Dua Potong Hadis Untuk Direnung Malam Ini.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sekadar ingin memetik dua buah Hadis yang ditemui dalam buku 'Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW' yang sedang dibaca oleh saya ketika ini.

"Sesiapa yang cinta kerana Allah,marah kerana Allah,memberi kerana Allah dan menahan kerana Allah maka sesungguhnya telah sempurna imannya". [HR Abu Daud dan Tirmizhi dengan sanad Hasan]

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badan kamu dan juga tidak kepada rupa kamu,tetapi Allah memandang hati kamu". [HR Muslim]

Sama-sama kita renungkan.

Semoga dapat diamalkan.

Kalau ada salah silap,sila betul dan maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


5.3.12

keterpaksaan.

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Prenote : dalam keterpaksaan ada kelebihan.


sebelum tidur berapa ramai daripada anda yang memikirkan kesalahan yang lepas? kesalahan yang dahulunya jahil dan kini hanya tinggal penyesalan. tapi penyesalan itu bukan hanya sebagai penyesalan, tetapi untuk direnungi dan diambil ikhtibar. 


alangkah indahnya dunia kalau setiap hari dimulakan dengan tahajjud dan diakhiri dengan istighfar. mungkin istighfar itu bagi sesetengah daripada kita tidak membawa apa-apa makna. tapi, apabila lama-lama kita sebut, banyak-banyak kita sebut, dia dengan sendirinya datang sambil membawa keinsafan bersama. 


kalau dilihat dunia sekarang betul-betul menguji. semalam ada satu scene yang membuatkan saya terfikir seribu kali. saya sedang lepak membuat kerja bersama kawan dibiliknya. tv dipasang dan rancangan russia mula menghiburkan penonton. hanya endah tak endah saya melihat tv tersebut. jam menunjukkan pukul 12 malam. tiba-tiba ada 1 rancangan yang begitu menunjukkan ketamadunan manusia mula punah. rancangan yang penuh dengan naked scene ditayangkan pada umum. mata ini dengan serba salah melihat akan tetapi tak sampai beberapa minit ia mengalah. bukan apa, tapi takut pada dosa. 


apa yang nak diceritakan disini bukanlah scene tersebut atau ingin membuka aib yang telah ditutup kemas oleh allah, tapi sekadar ingin dijadikan renungan bersama. apakah perasaan malu telah hilang dalam diri atau apa sebenarnya hidup ini dipenuhi dengan hiburan yang melampaui batas? cuba tanya pada diri. motif sebenar hidup ini tak ramai yang ketahui. benar kata sahabat saya, "hidayah hanya datang pada orang yang mencari dengan bersungguh-sungguh. kalau sekadar cari ala-ala kadar, kirim salam la nak dapat."


balik ke bilik saya dikejutkan lagi dengan seorang budak mentah yang bangga dengan arak. masyaallah. betul-betul mengingatkan saya pada zaman jahiliah saya. mungkin itu perasaan yang sama, apa yang dirasa oleh budak mentah itu. tapi sekurang-kurangnya tak perlulah nak banggakan dan ditayang kepada umum. astaghfirullahalazim. sedih bila saya teringat kembali kisah silam. 


alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat. memohon keampunan ditengah malam tanpa memikirkan soal dunia hanya untuk seketika. 






"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walaupun keadaan terpaksa. taubatlah walaupun dalam keadaan terpaksa. Kerana kewajiba itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-NYA. Jika harus menunggu keihklasan hati lebih dahulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?"

kata-kata daripada ustaz ini membuatkan aku tersentap. ada betulnya dan ada mesejnya. fikirkan, hayati dan kesali setiap kesalahan yang kita lakukan. semoga hidup ini dirahmati oleh allah. insyaallah.

P/s : in another life, where you choose to be, its really brings a lot for those who think. think!

4.3.12

The Muslim Prayer In The Bible?




The Mountain.




Syria Is Really Bleeding.Don't You Want To Do Something About It?




2.3.12

Sepotong Ayat Untuk Difikir I.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan". [Al-Kahfi : 46]

Fikir-fikirkan.


Racism.

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.


Prenote : penulisan bebas. 


baru tadi datang menjadi tetamu saya seorang sahabat. hajatnya ke mari sekadar ingin mengajak bermain futsal. jadual permainan mungkin akan berlangsung ahad ini, akan tetapi ada sedikit masalah yang berlaku. ahad ini akan diadakan satu pilihanraya bagi memilih presiden di russia ini. pilihanraya ini agak penting kerana mereka di russia sudah mula muak dengan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin mereka. mungkin ini satu revolusi di russia kerana mereka mula sedar akan korupsi yang telah banyak berlaku di tanah air sendiri.


dan jikalau menang pemimpin yang mereka benci selama ini, besar kemungkinan akan berlaku satu demonstrasi besar-besaran di bandar besar ini. sekadar maklumat tambahan. masalah yang timbul adalah besar kemungkinan penjaga bagi dewan serbaguna yang biasanya dijadikan tempat bermain tidak akan beroperasi. ini bermakna mereka mungkin akan menggunakan satu lagi dewan, yang kosnya agak mahal.


sedikit perbualan yang menjadi perhatian saya,


si A : brader yang jaga dewan tu mungkin tak ada ahad ni. maybe kita akan guna satu lagi dewan. 
si B : tapi mahal sikit la bai. 
si A : ala, tak apa la mahal sikit. biar diorang bayar lebih. duit diorang (kaum lain), bukan kita.


bagi aku ada something yang tak kena dengan dialog ni. kita sebagai islam, pertamanya tak boleh ambil kesempatan macam tu. main sama-sama, bayar pun sama-sama la. kedua, disebabkan kita melayu, kita tak boleh pandang rendah kepada kaum lain. apalah yang ada pada melayu kau tu. apa yang kau benci sangat dengan kaum lain? sedangkan kita sebagai islam dituntut untuk tunjukkan yang terbaik untuk kaum lain. apalah sangat yang kita boleh lakukan untuk islam? jawapannya tunjukkan peribadi yang mulia, akhlak yang boleh meyakinkan orang kafir supaya tertarik kepada islam. tak susah pun. 


p/s : 1. bukan umpatan, cuma sekadar renungan untuk diambil pengajaran. (perbualan antara melayu              dengan kaum lain di malaysia, situasinya di russia)
        2. kalau dulu aku (time jahil) panggil orang macam ni racist b******.