21.3.12

Kenapa Abu Bakar (RA) Begitu Istimewa?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,sekali lagi saya ingin berkongsikan Petikan Quote dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

Petikan ini menceritakan Peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Membacanya membuatkan saya bermonolog,"Patutlah Saidina Abu Bakar ini begitu istimewa kedudukannya di sisi Rasulullah SAW".

Selamat Membaca.Kalau ada salah info pada Petikan di bawah ini,sila maklumkan pada saya.Saya hanya salin dari buku itu sahaja.Rasanya betul maklumat yang bakal disalin ini,insya-Allah.

*** *** ***

Diambil dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

Pada tengah hari,Nabi Muhammad SAW menemui Abu Bakar RA agar menyertai Baginda dalam Perjalanan (Hijrah).Aisyah RA menuturkan kejadian ini dengan berkata : "Tatkala kami sedang duduk-duduk di rumah Abu Bakar pada pagi hari,tiba-tiba ada seseorang yang berkata kepada Abu Bakar, : "Ini,Rasulullah (SAW) datang mengenakan kain penutup wajah.Tidak biasanya Beliau menemui kita pada saat-saat seperti ini!".

Abu Bakar berkata : "Demi ayah dan ibuku menjadi jaminannya.Demi Allah,Baginda tidak akan menemuiku pada saat-saat seperti ini,kecuali kerana ada urusan yang penting."

Setelah tiba di hadapan rumah Abu Bakar,Baginda (SAW) meminta izin,lalu masuk rumah,setelah Abu Bakar mengizinkannya.Rasulullah (SAW) bersabda kepada Abu Bakar : "Pergilah dari tempatmu ini (Hijrah)".

"Ini suatu kehendak yang boleh mengakibatkan kematian.Demi ayahku menjadi jaminan Wahai Rasulullah",kata Abu Bakar.

Baginda bersabda : "Aku diizinkan pergi".

"Demi ayahku menjadi jaminan,wahai Rasulullah (SAW),apakah aku mesti menyertai engkau?",tanya Abu Bakar.

"Ya",jawab Rasulullah SAW.

Seterusnya,Perjalanan Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA ke Madinah penuh dengan cabaran.

Diambil dari Buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.

*** *** ***

Lihat.

Abu Bakar begitu taat dan setia dengan Rasulullah SAW.Apabila diminta pergi berhijrah,terus mengikutinya.

Benar.Sudah jelas bagi saya,mengapa Abu Bakar itu istimewa.

Itulah juga sebab kenapa kita mesti membaca banyak Sirah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda.

"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar". [4 : 13]

Itu sahaja.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.