25.12.12

Solat : Penjaga mukmin di dunia.

Dengan nama Allah yang maha hidup, lagi maha berdiri sendiri.

Salam.

Nota ringkas.


Pembuka


Alangkah indahnya kalau ada penjaga.

Manusia diciptakan sifatnya mudah goyah dan tidak boleh berdiri sendiri. Kalau ia boleh berdiri sendiri pun, ia tidak akan lama berdiri. Dan pastinya ia akan jatuh semula. 

Sama juga seperti pasangan suami isteri. Si suami tidak mungkin akan gagah menguruskan hal dan masalah rumahtangga bersendirian. Dia pasti memerlukan seorang isteri di sisi. Walaupun si isteri tak ada lah membantu sangat pun, tapi dengan sifat seorang perempuan mampu meneutralkan si suami yang dalam ketegangan. Menjaga makan minum, mengingatkan urusan akhirat dan sebagainya.

Cuba reflek ayat ini :

Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu penghapus kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. - 11:114


Seperti sedia maklum, sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya pasti akan menjaga tingkah lakunya. Barangkali mungkin ada beberapa faktor yang perlu ada bagi menjamin ayat ini :

1. Sejauh mana hati menerima dan membenarkan ayat ini.
2. Khusyuk atau tidak solat yang kita lakukan.
3. Penghayatan dan kehadiran hati dalam solat (keikhlasan).
4. Sifat ehsan (beribadat umpama Allah melihat kita atau kita melihat Allah).


Jika keempat-empat ini disertakan bersama, maka formula 

MENJAGA SOLAT = SOLAT MENJAGA KITA

pasti akan berhasil. 

Aku pernah cuba dalam beberapa situasi. Bukanlah tidak serius dalam beribadat, cuma ingin mencari natijah disebalik setiap perbuatan.
Dan hasilnya memang berbeza. Kalau tak percaya, cuba sekali but makesure sebelum mencuba pastikan 4 syarat itu perlu dilaksana. 

Penutup

Kesannya, hidup di dunia, "Newton's 3rd Law" memang kita tidak dapat jauhkan mahupun menidakkan. Setiap yang perlakuan yang dilakukan pastinya ada kesan. Kesan itu sama ada positif atau negatif. 

Kalau sebelum ini kita merasakan solat hanyalah satu ritual yang wajib dilakukan, tetapi kita tidak mendapat kesan disebalik solat kita, maka semak balik niat. Solat itu sama ada menghasilkan sesuatu yang positif atau sia-sia (negatif).

Harapan

Semoga kita berjaya menerima buku amal pada tangan kanan kerana hal pertama yang akan dinilai adalah solat. Baik solatnya, insya Allah, baiklah amal yang seterusnya.

Semoga kita menjadi manusia yang tidak hanya tahu 'manual' tetapi tahu menggunakan 'alatan' bagi memudahkan urusan.

Semoga kita berjaya mencapai jannah.

Insya Allah.





1 comment:

Anonymous said...

Almost cried

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Membaca.